about HOME FACEBOOK TUTORIALS

Wednesday, March 12, 2014

#PrayForMH370

Bissmillahhirahmanirrahim.

Assalamualaikum w.b.t.



Malaysia dan dunia telah dikejutkan dengan kes kehilangan pesawat Malaysia Airlines MAS MH370 Boeing 777-200ER. Kehilangan secara tiba-tiba tanpa sebarang jejak atau signal yang ditinggalkan menyebabkan kes ini menjadi kes kehilangan pesawat kapal terbang antara yang paling unik dan pelik dalam sejarah.


Pelbagai spekulasi yang di timbulkan oleh pihak bertanggungjawab. Usaha-usaha pencarian dan menyelamat terus di perhebatkan.  Bersama-sama kita mendoakan dan memohon kepada Allah agar memudahkan misi mencari dan menyelamat MH370 ini membuahkan hasil.

Kita mendoakan semoga ahli keluarga redha dengan segala ujian yang Allah timpakan.





Let's #prayforMH370

• Umat Islam khususnya di Malaysia sudah kehilangan halatuju. Sudah sekian lama ungkapan "Allah sebagai pencipta dan pemilik peraturan" hanya di bibir, tidak ada di hati kita.
• Manusia di seluruh dunia (termasuk kita) terlalu bongkak dengan ilmu dan teknologi yang mereka ada.
• Apabila teknologi berakhir, di situ Kuderat Allah bermula.
• Jika kita sudah keterlaluan merasa pandai, akan sampai masanya Allah 'perbodohkan' kita. Kita lihat sekarang manusia seluruh dunia sedang merasa bodoh dan buntu. Di sinilah baru kita berselera untuk mencari Allah.
-Kapten (B) Norudin Abdul Majid

id='blogger-comments-page'>

No comments: